Saturday, August 27, 2011

Kalaulah aq....

Assalamualaikum...

~ Salam Ramadhan ~
Sempena bulan Ramdhan yang dah nak pon sampai ke penghujungnya,marilah kita sama-sama menilai diri kita..muhasabah diri kita...dan tanyalah pada diri kita:-

Cukupkah ibadahku?
Diterimakah ibadahku?
Sepanjang bulan puasa nie,berapa banyak pahala yang telah aq kutip?
Bagaimana pula dengan dosa?
Adakah aq telah membuat dosa dengan sengaja ataupun tidak?

Apabila selesai kite bertanya,kita jawablah sendiri..Mungkin pada masa nie ada yang menyesal..

"Ya Allah,sepanjang bulan puasa nie aq banyak terleka dengan hal dunia.Hal akhirat aq ketepikan padahal aq telah tahu,bulan Ramadhan merupakan bulan barakah di mana segala amalan baik yang kita lakukan akan dibalaz dengan pahala yang berganda."

"Kalaulah aq sedar hal ini awal2 lagi,nescaya tidak akan aq sia2 kan tiap hari yang aq lalui.Kalaulah aq tahu,tidak akan aq lakukan maksiat,mengumpat dan perkara2 yang Engkau benci..Kalaulah aq...Kalaulah aq..Kalaulah aq..."

Itulah "KITA" manusia,sungguh senang munuturkan kata"kalaulah aq..",sedangkan itu hanya ucapan mulut dan tidak membawa apa2 erti.Mungkin ada yang benar2 mengucapkannya dengan penuh keinsafan.Mungkin..Tapi,adakah kita salah seorang daripadanya?Fikirkanlah...

~Syukran Ya Allah~