Monday, April 25, 2011

budak laky pon jiwang jugak ek!

bila cinta berbunga.....

ia mampu mengubah satu jiwa......

yg dahulunya suram gelap gelita.......

menjadi terang bercahaya......

- jangan tiru macam ini kecuali kalau korang da kahwin.hikhik.. -
sukar untuk ku gambarkan.....

kerna cinta menyimpan pelbagai persoalan......

sukar untuk ku lafaz kan.....

kerna cinta bukan permainan......

- i luv u -
*
*
*
*
*
*
What do u think about the sentence above?Haha..Ayat 2 ada someone yang kasi at aq. Geli2 je aq baca ayat 2..Korang taw apa aq jawab?
"Sorry der..aq xpaham apa yg kau nak sampaikan.Aq bukan budak sastera"
Haha..Nampak kejam ke ayat aq?(tak kejam,tak kejam)
Hahahaha...

*
*
*
- apa perasaan korang law korang cakap i luv u kat someone n dye balaz dengan kata2 di atas?tepuk dada tanyalah hati.. ^.^ -

Monday, April 18, 2011

Aku,baju tidur dan usrah

Assalamualaikum...

Apa khabar semua kepada pembaca2 yang comel2 belaka.Haha..Comel ke?=.='
Ah,malas nak merepek lebih.Aq taw,korang semua memang comel.. ^.^

Aq,baju tidur and usrah.Huh!Ini peristiwa yang memang sangat memalukan bagi aq.Bermulanya cerita....Jengx3..ceh!Bajet suspen je.--.--"

Peristiwa neyh berlaku time aq Tingkatan 5.Aq blajar kat skolah biasa tapi berasrama.Disebabkan aq neyh selalu bajet2 alim+baik kat skolah,aq telah dilantik sebagai Vice President Usrah.Hahaha..it sound really weird.=.=
Aq pon xtaw camne boleh dilantik sebagai ahli usrah.Kalau setakat ahli byase xpe jugak kan.Neyh..Vice President Usrah..What the koala i jadi vice?Ntah la..dyowang yg lantik..hrmm...

Wak2 SPM,kiteowng memang diberi kelonggaran untuk prep(kelas malam)dimane-mane tempat yg kiteowng nak.Kalau aq,aq memang suka blajar kat surau coz menenangkan and siap ada air-cond lagi.Memang bez la.
- Neyh la suasana surau kat skolah aq.Haha..Kawan2 aq tu juz sje nak berposing kat surau  - ^.^

Disebabkan aq juz blaja kat surau,so aq malas nak pakai baju kurung.Aq juz datang sana dengan memakai baju n seluar tidur berwarna pink.Aq turut memakai sweeter aq yg berwarna pink coz baju aq berlengan pendek.Lepas abiz solat isya',aq dengan semangat nyer nak mula blajar even esoknye hari cuti,Sabtu.Tetiba,ada  annoucement kata yang ustaz nak jumpa ahli usrah dekat surau.Aq da start gelabah.Aishh,dah la aq pakai baju tidur,serba pink pulak tu!stokin pon aq lupe bawak.

So aq bercadang nak masuk balik kat hostel n tukar baju,tapi pagar hostel telah dikunci oleh warden.Ada kawan2 aq yang panjat pagar untuk masuk.Aq memang xberani nak panjat pagar.Disebabkan tu aq xjadi tukar baju.Aq juz mintak tolong kawan aq amikkan stokin aq dalam lorker.Lepas beberapa minit,semua ahli usrah dah kumpul,juz tinggal aq n seorang lagi rakan aq yang xpergi usrah tu.Kawan aq pon turut lambat pergi coz nak amik stokin.Bila dye hulurkan stokin kat aq,aq mengeluh panjang.PINK!Yup,dye pergi amikkan stokin warna pink untuk aq,Huh.Dalam banyak2 stokin yang aq ada,asal dye amik warna pink.Serba pink aq malam 2.Selamat aq pakai tudung warna hitam,law tak.memang haru jadinyer.
- segan-segan kucing -
Aq pon memang segan2 kucing nak masuk surau.Aq masuk saing ngan kawan aq yg lambat 2.Aq jalan belakang dye.Waktu tu,semua orang pandang ke arah kiteorang.Sudah la budak laky pon ada.Aigo0~Malunyer memang xterkata lah.Bila aq dah duduk,semua pandang aq.Ustaz lak tersenyum lebar..

"Cantik baju..",kata Ustaz

Hrmm..Aq kat situ hanya mampu tersenyum kelat dengan hati yang walang.Cett!Nampaknye malam tu memang malam yang amat memalukan and aq xkan lupakan peristiwa tu sampai bila2..-___-"

Wednesday, April 13, 2011

goreng ayam pakai helmet =.=

Assalamualaikum...

Huh!hari neyh baru dapat on9 balik.Semalam xboleh coz internet buat masalah.Langsung xley bukak tenet.Sabar je la.Mungkin sebab semalam hujan+panas+guruh=sakit.Yup,semalam cuaca tak sihat,sebab tu internet pon xsihat kot.Alhamdulillah,ary nie tenet dah sihat kembali,berkat doa aq kot..Haha..

Aq ada satu citer hot la(yke hot?-.-).Minggu lepas an,aq pergi kursus jahitan sulaman memandangkan aq tak buat pape kat umah.Biasa la,budak menganggur macam aq neyh,duk umah juz makan,minum,tido mandi,and bina lemak.Gilerr bowink duk umah.Nak keje mak tak bagi.Nak kuar jenjalan pon mak tak bagi.Huh!(mak kata anak dara xelok duk merayau at bandar.Takut buat benda2 tak patut n buang masa).-.-
- sulaman tangan -
Disebabkan bowink yang teramat tahap nak mati,my mom pon suggest la i pergi kursus jahitan sulaman tangan.Aq datang kat situ with my mom n sis.Waktu datang situ,macam biasa la,nampax banyak makcik2 je.Yang muda juz aq and akak aq.So,makcik2 2 duk asyik puji kteorang je..

"Bagusnye korang datang sini.Carik ilmu menjahit.Nanti kalau da kahwin,senang..",kata makcik A
"Anak dara skunk ny susah yang nak jumpa macam korang nie.Rajin datang kursus2 macam nie.Anak makcik,haram xnak ikut.Penat makcik pujuk.."kata makcik B pulak.

Haha..Memang asyik kena puji je la kiteorang.Tapi my mom buat onar tiba2...

"Eleh,dah kena paksa baru dyeorang nak pegi.Sudah la xpandai masak.."

Pergh,sampai aty kan mak cakap macam 2.Dia kata kteorang xpandai masak?Padahal aq la yang jadi bibik tiap2 ary masak kat umah.Bagi membela diri yang xbersalah,dengan berani nye aq menjawab:

"Mak,orang pandai je memasak kat umah.Mak jelez an sebab masakan orang lagi sedap dari mak kan?"

Nah!Amik kw!Haha..Aq kenakan mak aq balik.Makcik2 kat situ da gelak2 dengar aq cakap macam tu.

p/s:Aq bukan berniat nak kurang ajar dengan mak aq taw!Tapi aq ngan mak aq memang da macam kawan pon ada.Suka lawan cakap.Masing-masing nak menang.Haha...

Pastu,ada sorang makcik nie menyampuk...

"Bagus la anak dara kaw nie.Pandai menjahit and memasak.Anak aq berganda-ganda lagi teruk.Kaw tau tak,ary tu aq gelak terguling-guling tengok anak aq memasak."

"Apasal sampai guling-guling?Cer citer Cer Citer...",sampik makcik H.

Waktu tu,suasana sangat senyap.Menumpukan perhatian kat cerita makcik 2.Sulaman kain kat tangan berhenti seketika.Pastu,makcik tu sambung lagi.
- Giler semangat makcik tu bercerite -

"Aq suruh anak dara aq goreng ayam,pastu dia pergi kat luar rumah.Aq pon tak paham apasal.Then aq sambung la potong sayur.Then dye kata,mummy,duk jauh2 sikit.Akak nak goreng ayam nie.Korang taw x apa dye buat?Rupenye dye pergi kat luar rumah amik helmet.Dye p pakai helmet then goreng ayam.Dia duk satu meter dari kuali 2,then campak ayam tu.Abiz terpercik-percik minyak."

Hahahahaha.kiteorang yang dengar cite makcik 2 ketawe giler-giler r.Aq lak ketawa sampai kuar air mati.Gilerr lawak citer makcik 2...

SELINGAN:-

Aq: Ish..ish..ish..apa nak jadi ngan anak dara zaman sekarang.Memasak pon tak taw(geleng-geleng pale)


Pengomen A: Eh,kaw bukan diketegerikan sebagai ank dara zaman sekarang ke?=.="


Aq: Ha!erk..maybe..Tapi aq len..


Pengomen A: Ap yang lain?=.=


Aq: Erk,entah la...

-->so,da moral of da story,korang yang anak2 dara nie kan,blajar la memasak.Kadang2,mak korang sendiri pon xley caye tw!Nanty dyeorang cite yang kw xpandai masak.Elok2 ada orang nak masuk meminag korang,terus tak jadi.Kan haru jadinye.Pikir2 kan la (peringatan untuk diri aq jugak)^.^

Monday, April 11, 2011

Sangat SWEET!! - kisah cinta

Assalamualaikum...
Ary neyh aq ad satu perkongsian tentang kisah cinta..Bacalah..Ianya sngt SWEET.. >.<
Hehehe (gelak manja-manja)...

( pinjam gambar dari makcik google) ^.^
Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang. Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin.

Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati. Eiiiii… geramnya aku!!!

Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata..

”Lah… awat tak tanya…”

Eiii… geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!..

Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! Huhh. Memang sakit hati betul!! Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..



“Lah.. gi shopping la sayang… Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa hanset… hehe..”

Eiiii… geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa.

> nyum-nyum <

Aku pun confius. Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.. Huhhh…..

Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh… Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan??….”

Eiii… geramnya aku!!!

Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. Dan lepas start terus boleh… hmmm.. dalam hati aku kata,

“Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah. Dia nak pi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot.

Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. 
Kosong inbox!!

Eiii… geramnya aku!!!

Pagi tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Jeng3.. Huishh siap dengan surat lagi.

- surat from my hubby -


Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku,

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek.. hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi

Pertama sekali saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. Ehawak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!! Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha… Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. Comel sangat…

Iskk.. Awak ni.. tak perasan ke??

Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh. Memang saja je saya tak mau bawa hanset time tuh… hihi.. Takut terkantoi. Ye la saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh… memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi…
Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita.



Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Keempatnya time keta awak rosak… hmm. Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi

Love,


Suamimu

Sunday, April 10, 2011

Pink untuk perempuan gedik



Assalamualaikum...

- cantik nyerr warna pink -


Maybe  some of you akan cakap:
"what the cat budak neyh cakap pink untuk budak gedik?im not gedik okey!i juz minat pink!"
"kenape orang minat pink dikatekan gedik?Saya minat pink,tapi saya xgedik p0n?"
"aq setuju 100% yang pink untuk perempuan gedik!haha...."
"kenapa gedik slalu dikaitkan dengan pink and sebaliknya?=.="

Aq xcakap yang pink untuk perempuan gedik.Tapi ramai yang cakap gedik untuk perempuan yang suka pink dan pink sangat sesuai dengan perempuan gedik dan sebagainye..--.--"

Tak paham lagi?Okey2..Aq terangkan satu persatu.Warna pink ini selalu dikaitkan dengan perempuan.Warna pink ini juga dikatakan sebagai warna "eewww~~" bagi sesetengah manusia yang amat tidak meminati warna pink.Tahukan korang yang setiap warna menyimpan seribu makna yang secara tidak langsung menterjemahkan perasaan atau jiwa seseorang?Sebagai contoh,warna pink:-

Kajian ada mengatakan,mereka yang meminati warna pink mempunyai personaliti yang posifit dan negatif iaitu:-
 - Positif: Seorang tegas dan jujur.Anda juga suka menolong orang serta begitu teliti dalam semua perkara.
 - Negatif: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.


So,setiap orang tak layak nak judge seseorang tu melalui warna yang mereka minat.Kalau perempuan minat pink,xsemestinya mereka itu gedikzs okey.Pink kan terbahagi kepada dua jenis warna iaitu hot pink dan soft pink . Pink lembut sangat sesuai dikaitkan dengan perempuan yang mempunyai perwatakan yang sopan,ayu dan menawan seperti saya.xnak caye la tuh!=.="
Hot pink pula sangat sesuai dikaitkan dengan gurl yang mempunyai perwatakan yang berani and percaya pada diri sendiri (senang kata,bajet bagus.hehe..)-->gurau je.. ^.^
- Soft pink -


- Hot pink -





The moral of da story is,xsemestinya gurl yang minat pink itu gedik dan tak semestinya gedik itu untuk gurl yang minat pink.Okey..Aq taw korang tak paham..-___-'

Thursday, April 7, 2011

Muhasabah Cinta

Assalamualaikum...



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


-->Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.


Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...


Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu



-->Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.


- kata-kata indah -

BERSAMA-SAMALAH KITA BERMUHASABAH DIRI YA!! ^.^

P/S:Kata-kata aq kaly neyh agak sopan ya.Bagus Lya Dania!Keep it up! :)Hehe...

Wednesday, April 6, 2011

Jika aq cantik

Assalamualaikum pembuka bicara...

Haha..bajet ayat nak skema je kan?Huhu..Whatever la~~
From da tajuk above,apa yang korang pk..Aq rasa korang mesti pk yang aq neyh tak cantik an?
Yela,"jika aq cantik"...Haha..Sudah terang lagi bersuluh yang aq neyh xcantik..

Tapi semua orang nak cantik kan.Even aq neyh xcantik(Ye ke xcantik?Abiz 2 asal ramai giler nak jadikan kw gf n adik angkat wak2 skola dlu)Shhutt!!Senyap-senyap suda~ =.='

Sambung balik...
Jika aq cantik an...
Aq nak pikat ramai laky dengan kecantikan aq...
Jika aq cantik...
Aq nak gunakan kecantikan aq untuk dapatkan duit...
Yup!
Kecantikan boleh dibeli...
Tapi itu kecantikan fizikal...
Kecantikan luaran...
Bagaimana pula dengan kecantikan dalamam?
Hati kita?
Iman kita?
Sudah cantikkah kita di sisi Allah?
Cantik di sisi manusia xde gunanya coz bukan dyeorang yang bagi depa dosa or pahala...
Tapi Allah..
U know Allah?
Tipulah kalau tak tahu..
Bakhil and bodoh sombong la kalau kata tak tahu...
Kafirlah anda kalau kata tak tahu...
Allah itu Maha Esa..
DIA lah pencipta sekalian alam...
Yang perlu kita junjung,bukannya artis yang dedah sana sini tu yang perlu kita hormat bagai nak rak...
Fasha Sandha la..
Lisa Suriani la..
Yoona la..
Perempuan itu la..
Lelaki ini la..
NO!!
Tu dunia semata-mata..
Cayalah..
Aq x tipu..
- Cantiknye awak.Pikat boleh?Haha -

- Ayunye Fasha pakai tudung.Terpikat I ..Haha -
-Subhanallah.Cantiknya ciptaan Allah.Tapi di manakah tudungnya? -
p/s:dye orang kafir la.Takkan pakai tudung kot.. --.--"

So,kepada yang masih tak sedar diri(termasuklah aq skaly),fikir2 kanlah,memandang kan Tuhan bagi korang otak untuk berfikir mana yang betul and mana yang salah.Ingatlah,dunia bukan segala-galanya,tetapi kiamatlah penentunya.Dan ketahuilah keputusannya semakin dekat dengan kita.Adakah kita telah bersedia?Dan ingatlah azab Tuhan amat berat lagi pedih.Tuhan berfirman dalam surah Al-Ghasiyah: "sudah datangkan kepada kamu tentang hari pembalasan?Banyak muka pada hari itu tunduk terhina.Bekerja keras lagi kepayahan.Memasuki api neraka yang sangat panas"Haha..nampak!Kan aq da bagi ceramah.Aq tau,aq sebenarnya bukannya layak nak bagi nasihat sangat kat orang coz aq neyh bukannya baik sangat pun.Tapi ini sebagai peringatan untuk saudara seislam dengan aq."Sampaikanlah walaupun satu ayat" <<--neyh hadis nabi tau,bukan aq saja2 reka..

- Ha?? -

Nobady perfect.Yup!Thaz rite..Tapi kita pelu jadi se"perfect"yang mungkin sebagai hamba Allah yang hanya menumpang nikmat2 Allah..Fikir2kanlah...
Selamat beramal!^.^

Monday, April 4, 2011

Aku benci kapel

Assalamualaikum..

Yeah!Say what you like.Nak kutuk aq?Kutuk la..ada aq kisah?Whahaha..
Bagi korang yang kapel2 neyh kan,hentikan lah..Haram tau kapel 2..Alah,xyah cakap pon korang mesti da tau kan yang kapel 2 haram.Tapi kenapa korang masih buat??

- Saat kapel,semuanya indah belaka -

- Geli jerk..--.--" -

I bukan nak tuduh sapa2.Nak jelez dengan orang yang berkapel neyh?? (peh-lis la~~)xde keje wei nak jelez2 neyh..
Bagi mereka yang berkapel yang baca entry kaly neyh,mesti hot je kan??huhu..dun worry babe~
Aq bukan nak buat korang hot ke,co0l ke,aq juz nak korang bukak mata hati korang..
Fikir sejenak.Apa bagusnya kapel neyh?Kalau aq tanya,mesti neyh jawapan korang...

1.Nak diri di sayangi la beb!
2. Seronok coz ada orang take care at kite
3. Bangga coz ada pasangan (kononnya nak kata yang kita nie ada orang yang nak)
4.Dan sebagainya....

Kalau neyh la kan jawapan k0rang,sorry to say..Korang kesunyian ea?xde orang lain yang sayang korang ke?Mak bapak korng?Family?
Oh.Kesian sungguh korang kan?Hahaha..mesti korang rasa aq neyh kurang ajar kan?Mesti dalam hati korang,korang kutuk aq...

1. Eleh,dye benci orang kapel coz xde orang nak dia
2. Dia benci kapel coz dye penah clash kot ngan balak dye..Who knows..kn?
3. Dia nak bajet alim je 2...Ntah2,dye 2 pon kapel...
4. Dan sebagainya...


Aq pandai scan orang.So aq pandai scan apa yang ada dalam kepala otak korang...Betul x apa yang aq tulis 2?Urm,tapi aq xkisah p0n macam mana korang nak judge aq c0z bagi aq, 2 semua tak penting..Apa yang penting?Yang penting Tuhan tahu niat aq.Aku bukannya saja nak buat korang marah,aq juz nak bagitau apa yang aq rasa betul.Bagi yang xde kapel 2,mesti korang setuju 100% ngan aq kan..Whahaha...

Sebagai seorang ANGEL,aq mintak maaf la kalau korang memang terasa sangat2 dengan apa yang aq tulis 2.Aq bukannya sengaja nak jadi DEVIL..Aq juz nak luahkan apa yang aq rasa betul..2 je..not more than that..

- Bajet aq neyh ANGEL..haha.. -

Akhir kalam,bagi yang kapel 2,segeralah clash ea..haha..
-->>masih lagi nak buat orang geram,erk... =.="

P/s: Sebenarnya kan..Aq saje je buat entri pasal kapel nyeh..xde idea la nak buat entri pasal apa.Hehe..Eh,sebenarnya aq agak curi0us tau.Macam mana nak beza antara kita kapel ngan kawan ea?(antara boy n gurl) Any idea?

Sunday, April 3, 2011

Aku suka dengan Islam.Aku nak masuk Islam.Hah!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Entry kali neyh,aq nak cite sebagai seorang ANGEL... :)

Hari nie,aq nak cite tentang kisah benar yang berlaku kat aq.Kisah nie kisah betul tau!Pada zaman dahulu....

Di dalam bilik asrama puteri...

- Lebih kurang macam nie la bilik aq kat asrama ^.^ -

Resh: Wea,aq nak bagi tahu sesuatu la kat kau.Tapi pr0mise kat aq yang kau xkan cite bendealah nie kat sape2..B0leh?

Aq: Ya.Aq janji.Kau nak cite apa sebenarnya?

- Berbisik-bisik -

Resh: Sebenarnya kan..Aq kan..Aq..Aq suka dengan Islam.Aq nak masuk Islam..

Aq: Hah!!Kau biar betul!Kau jangan main2 Resh,bab aqama nie..

Resh: Aq cakap betul nie.Aq rasa aq minat sangat dengan Islam.

Aq: Reason?Kau mesti ada sebab kan minat islam nie.Takkan kau aci redah je minat Islam.Inlogical...

Resh: Aq mana ada aci redah je minat Islam nie.Aq start perasan yang aq minat Islam sejak jadi roomate kau.

Aq: Hah!kau biar betul!D0n't play2 with me la..takkan sebab aq kot...

Waktu Resh cakap macam tu,aq rasa terperanjat sangat2..Adakah patut dye kata yang dye minat Islam sebab jadi roomate aq..Pelik sungguh~waktu tu,aq terus menyoal siasat Resh untuk mendapatkan kesahisan st0ry dye tu..Ye la kan,bab agama beb!Mana boleh main2...

Resh: Lya,muka aq nampak macam menipu ke?Kau xcaya dengan apa yang aq cakap ea?

Aq: Eh,mana ada.Aq tak kata pun yang aq xcaya kat kau.Aq cuma..cuma..susah nak percaya.Bab agama nie,aq memang takut tau!Aq xnak lah kau main2.Satu lagi,aq xpaham asal kau kata kau minat kat Islam sejak jadi roomate aq.N0 idea la..Aq nie pun bukannya baik sangat..Explain sikit kat aq..

Resh: Kau jangan terperanjat tau dengan reas0n aq nyeh.Sebenarnya,aq suka dengan Islam neyh sebab aq suka dengan kau.

Suka dengan aq??Lesbian ke apa minah neyh?? =.="

Aq: Kau biar betul!(waktu neyh,otak aq da pk lain)

Resh: Kau jangan fikir lain lak.Aq suka bila dengar kau baca Al-Quran.Rasa tenang sangat bila kau baca Al-Quran setiap hari dalam bilik.Kau ingat xdulu,kau mintak kebenaran kat aq untuk baca Al-Quran dalam bilik.Aq bagi je sebab aq hormat dengan agama kau,tapi dengan syarat kau kena baca perlahan-lahan.Kau ingat x?

Aq:Ingat sangat2.So,apa kaitannya?(still blurr)

- Aq blurr -

Resh: Penah skali neyh,waktu tengah malam,kau kata nak hafal Al-Quran sebab kau masuk hafazan,s0 aq bagi kau baca kuat2.At that time,aq rasa macam bez sangat.Hati aq macam tenang je.Lagi2 kau baca tengah malam,time orang lain tengah tidur.Suara kau pun sedap..

Hoh0..Bangga la jugak waktu tu c0z kena puji suara sedap..Haha..Lepas ceritakan segalanya,Resh minta tolong aq bimbing dia.Aq pun tolong la dye.Aq ajar dye perkara2 asas dalam Islam macam bacaan wajib dalam solat,cara2 nak solat dan sebagainya.Aq tolong dye pun atas bantuan Ustaz.Kat sk0la,aq memang rapat sangat dengan sorang ustaz neyh,aq cite kan st0ry Resh neyh kat ustaz c0z aq pun tataw nak mula tolong dye from mana.Ustaz ajar aq,and aq ajar dye.Okey la 2 kan?Lepas dye da betul2 menguasai bacaan dalam solat,aq hadiahkan dye telekung.Aq xsangka yang dye betul2 solat.Shock la jugak waktu teng0k dye solat sampai aq pun menangis waktu tu.

Skunk neyh,aq kan da abiz sk0lah,s0 aq da tak ley bimbing dye melalui face-to-face.Tapi aq guna buku muka facebook untuk keep in touch dengan dye.InsyaAllah,dye still lagi minat kat Islam neyh.Aq selalu berd0a agar di tetapkan hatinya supaya belajar tentang Islam nie secara beristiqamah.Bukannya sekerat jalan je.InsyaAllah...

- Neyh la pentingnya kawan kn? ^.^ -

Saturday, April 2, 2011

Hlovate nyerr story

Assalamualaikum...
Wah.bajet baik seyh aq ny.Siap bagi salam lagi tuh!Bukan apa,aq kan dak jahat yang nak berubah jadi baik.So,i must start fr0m now.Setuju x?Erm,nak berubah,bukan senang kan?VERSUS...yup,really susah!xsemua orang boleh berubah dengan senang juz dengan sekelip mata je.And now,aq nak cakap yang aq nak berubah tapi aq p0n tataw camne nak bermula.Nak start fr0m mana ya?Berkawan ngan orang yang baik2?Berdamping dengan ustaz n ustazah or ulama' and seangkatan dengan nya?macam mana ya?Plezzz help me...T_T

Beberapa bulan ary tuh,aq ada kenal ngan sorang mamat neyh.Dia nampak semp0i je..Co0l...Haha.co0l ke?Tapi dia nampak baik sangat2..bez la gak berkawan ngan dia.And aq x sangka yang dia tuh rupenya salah seorang budak berasrama penuh-pandai la k0t(judge per-1 aq kat dia).Then,bile result SPM kuar bulan lepas,as an xpected,dia dapat straight's..Pandai gilerr d0wh budak tuh.Segan jadinya aq berkawan ngan dye c0z aq xpandai macam dye.Memang rasa merendah diri sangat2 waktu tu.Dah lah mamat 2 pandai,baik pulak 2..aq cakap dye baik sebab aq penah usha2 bl0g dye,kat bl0g dye 2 memang banyak sangat inf0 sal agama.Memang baik punyerr!!Not like me la.Aq neyh...Ntah la..



From dye,aq adalah bertanya kan sal agama yang aq xbape nak tahu.Then dye dengan hati terbuka nye mambantu aq.Memang terharu la..Tapi,skunk nye,aq xrasa aq b0leh rapat lagi ngan dye.Mungkin sebab aq rasa aq xlayak nak berkawan dengan orang sebaik dia.Betul ke tindakan aq neyh?Ntah la...

Pas2,0ne day neyh,mamat 2 ada perkenalkan aq dengan satu n0vel neyh.Dye suruh aq bce.Dye kata n0vel 2 bez sangat2 n m0re to islamic.Memang sesuai la dengan aq neyh yang xbape bagus hal-hal agama.Dengan bersusah payah,akhirnya aq dapat gak carik n0vel 2...

-Neyh la novel yang "dia" perkenalkan at aq-
Secara jujur,first time aq tengok novel neyh,aq xrasa cite nye bez.Muka depan kulit bukunya pun macam xmenarik je.Tapi dah belikan,tak kan tak nak baca lak.So,dengan lafaz bismillah(perh,bajet baik seyh aq nie),aq mulakan pembacaan.What can i say ab0ut this novel is "Damn!This novel is really great+nice+seronok..!!".Aq juz amik masa seminggu je untuk abizkan cite ny.Hebat x?-untuk orang macam aq neyh kira hebat la sebab normally,aq amik masa sebulan nak abizkan khatam satu n0vel.Thats menunjukkan yang novel tu memang bez sangat2...

This st0ry menceritakan tentang "penghijrahan" dua orang insan, Minn Edina and Asraff Omar(AO) yang dulunya seorang yang boleh di katakan teruk sebab dyeorang letak hal agama macam solat and tutup aurat benda kat belakang.Then,akhirnya dye0rang berubah fr0m jahat ke baik,fr0m xtutup aurat ke litup abiz(alim gler ah!),from xbace quran sampai hafal terus satu quran,bce buku2 agama,dengar lagu2 yg berkaitan agama and sewaktu dengannya.VERSUS yang teramat sangat berlaku at dyeorang..This story shows that setiap orang boleh berubah.Depands on diri kita sendiri macam mana nak terima perubahan 2..And aq teringin sangat nak jadi macam 2..InsyaAllah,Tuhan sentiasa tunjuk jalan,cuma aq sendiri yang kena tanya diri,even nak amik jalan tu atau sebaliknya...

-One of da kata-kata yang buat jiwa aq tersentuh-
-Ianya SWEET-

Alhamdulillah.Ada someone yang nak tunjukkan aq jalan yang betul..Thanx to that 'person' yang sangat baik hati.Kalau dye terbaca post aq neyh,mesti kembang setaman ek..haha..Mana xnye,duk memuji dye je dari tadi...Whahaha...Jadi,sesiapa lagi yang nak dipuji,di persilakan untuk tegur and bagi nasihat yang baik2 at aq.Jauhkan aq dari 'Mr.Hyde' and dekatkan aq dengan 'Dr.Jekyll'....

VERILY AFTER EACH DIFFICULTIES,THERE IS A RELIEF_Hlovate